Kempen Internet Selamat
15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini14 Mac - NADI Felda Sungai Lui telah melaksanakan program Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan anggaran seramai 20 pengunjung yang hadir sepanjang program berlangsung. Program ini disertai oleh komuniti tempatan, bagi
memastikan penyampaian mesej keselamatan internet lebih menyeluruh dan efektif.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
-Taklimat Kempen Internet Selamat kepada pengunjung mengenai kepentingan keselamatan digital dan penggunaan internet secara berhemah.
-Sesi Interaktif Keselamatan Internet bersama komuniti, yang
memberi peluang kepada komuniti untuk bertanya dan berkongsi
pengalaman berkaitan keselamatan dalam talian.
-Edaran Brochure Kempen Internet Selamat kepada pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang amalan penggunaan internet yang selamat.
Program ini telah dikendalikan oleh Farra Hanim binti Tajol Arus bersama petugas NADI, Nur Hidayah binti Azman. Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi Panel Penasihat NADI Jelebu, Encik Muhamad Kamil Bin Ahmad, yang turut memberi sokongan dan berkongsi maklumat berkaitan keselamatan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: